Ketegangan di Baitul Maqdis dan Tebing Barat Semakin Memuncak

Ketegangan di Baitul Maqdis dan Tebing Barat yang diduduki semakin memuncak susulan pencerobohan Menteri Keselamatan wilayah haram Israel, Itamar Ben-Gvir bersama sekumpulan Zionis ke halaman Masjid al-Aqsa ketika musim perayaan Yahudi berlangsung. Ben-Gvir dilaporkan melakukan ritual Talmud di bahagian timur masjid di bawah kawalan ketat polis Israel, mencetuskan kecaman meluas daripada negara-negara Arab dan pihak Palestin. 

Arab Saudi, Qatar, Jordan, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Kementerian Wakaf Palestin mengecam tindakan tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap status sejarah dan undang-undang sedia ada di Masjid al-Aqsa. Arab Saudi menyifatkannya sebagai tindakan provokatif terhadap umat Islam,  manakala Qatar memberi amaran bahawa pencabulan berterusan boleh mencetuskan kitaran keganasan baharu. Jordan pula memberi amaran terhadap usaha mengenakan norma baharu serta membahagikan Masjid al-Aqsa mengikut masa dan ruang, sambil menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitul Maqdis dan bahawa keseluruhan kawasan masjid merupakan tempat ibadah khusus umat Islam. Gabenor Baitul Maqdis turut melaporkan seramai 796 pendatang haram Israel memasuki halaman masjid pada Ahad, selain 80 individu lain atas alasan ‘pelancongan’.

Jordan memberi amaran terhadap usaha mengenakan norma baharu serta membahagikan Masjid al-Aqsa mengikut masa dan ruang, sambil menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitul Maqdis dan keseluruhan kawasan masjid merupakan tempat ibadah khusus umat Islam. Qatar pula memberi amaran bahawa pencabulan berterusan boleh mencetuskan kitaran keganasan baharu. Perkembangan itu berlaku ketika kebimbangan meningkat terhadap usaha kumpulan Yahudi mengenakan ritual baharu menjelang Yom Kippur. Sehari sebelumnya, Perdana Menteri wilayah haram Israel, Benjamin Netanyahu bersama beberapa menteri dan ribuan pendatang haram turut mengunjungi kawasan Tembok al-Buraq di bawah kawalan keselamatan ketat.

Ketegangan kemudiannya merebak ke Tebing Barat selepas seorang pendatang haram Israel terbunuh dalam kejadian tembakan berhampiran penempatan Neve Tzuf, barat laut Ramallah. Pihak Israel kemudian menahan bekas tahanan Palestin, Qadri Samara dari Biddu yang disyaki terlibat dalam kejadian itu ketika sedang menerima rawatan akibat kecederaan di sebuah hospital di Ramallah. Pasukan rejim Israel menyerbu hospital tersebut sebelum membawa Samara ke dalam tahanan. Selepas itu, tentera turut menyerbu Biddu dan mengepung Masjid Abdullah bin Jaber ketika jemaah sedang menunaikan solat Asar sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang semakin meluas.

Pada masa sama, tentera rejim Israel dilaporkan membunuh seorang lelaki Palestin yang identitinya belum didedahkan berhampiran penempatan haram Ganim, timur Jenin, dengan mendakwa lelaki tersebut cuba melakukan serangan merempuh kenderaan. Perkembangan itu berlaku ketika pihak Israel memperketat sekatan dan operasi ketenteraan di Tebing Barat menjelang Yom Kippur. Dalam kejadian berasingan, tentera Israel turut menutup Masjid Ibrahimi di al-Khalil kepada jemaah Muslim bermula Ahad petang hingga Isnin malam atas alasan perayaan Yahudi.

Perkembangan tersebut mendorong Netanyahu mengarahkan tentera rejim Israel dan Shin Bet meningkatkan operasi ketenteraan di seluruh Tebing Barat, termasuk penghantaran pasukan tambahan, sekatan dan penutupan kawasan serta penangkapan. Netanyahu turut mengarahkan pihak berkuasa Israel memulakan proses merobohkan rumah keluarga rakyat Palestin yang dituduh melakukan serangan tembakan tersebut.

Sumber: al-Jazeera dan The Palestine Chronicle

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Antara Pelan Hala Tuju AS dan Pembentukan Semula Sistem Serantau di Palestin

Next Post

Hydro-Apartheid: Bagaimana Israel Lumpuhkan Sistem Air  Palestin

Related Posts