Krisis Kesihatan Gaza Meruncing: 2,027 Pesakit Meninggal Ketika Menunggu Rawatan 

Kerosakan teruk terhadap infrastruktur kesihatan di Gaza menyebabkan penyakit yang sepatutnya boleh dirawat kini bertukar menjadi ancaman yang boleh meragut nyawa.

Satu laporan yang diterbitkan pada September 2026 mendedahkan bahawa 12 daripada 34 hospital di Gaza tidak lagi beroperasi manakala 22 hospital hanya berfungsi secara separa. Keadaan ini menyebabkan hospital di Gaza Utara dan Rafah langsung tidak mempunyai katil pesakit yang dapat digunakan.

Sektor kesihatan juga telah kehilangan 34.6% doktor di bawah Kementerian Kesihatan, sementara jumlah peralatan pengimejan diagnostik merosot sebanyak 62.2%. Bekalan penting juga semakin menyusut sehingga tahap kritikal dengan 44% ubat-ubatan penting terjejas dan 54% perkakas asas untuk perubatan mencatatkan stok sifar sehingga menyebabkan perkhidmatan penting seperti pembedahan jantung terbuka terpaksa dihentikan.

Dalam masa yang sama, kira-kira 21,000 pesakit masih menunggu untuk dipindahkan keluar bagi mendapatkan rawatan perubatan, namun sebanyak 2,027 pesakit telah meninggal dunia ketika sedang menunggu rawatan. Sejak Februari 2026, hanya 14% pesakit berjaya dipindahkan untuk mendapatkan rawatan.

Jumlah inkubator bayi turut berkurangan daripada 162 kepada 122 unit, manakala 30% wanita hamil berdepan kehamilan berisiko tinggi.

Sumber: Quds News Network

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza dan Kebuntuan Serantau: Penyelesaian yang Tertangguh

Next Post

Geopolitik Dunia Islam: Peta, Konflik dan Kuasa Umat

Related Posts