Daripada Abi Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa:
عن أبي أمامة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك . قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
“Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang tetap berada di atas kebenaran (agama). Dan mereka akan sentiasa mengatasi musuh mereka. Orang yang menyelisihi mereka tidak akan mampu memudaratkan mereka kecuali kesusahan yang menimpa mereka. Sehinggalah datang kepada mereka ketetapan Allah, sedangkan mereka tetap berada dalam keadaan demikian.“
Lalu para sahabat bertanya:
“Siapakah mereka itu wahai Rasulullah dan di mana mereka berada?”
Baginda menjawab:
“Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”.
HR Ahmad