Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
قَالَ ابْنُ الْمُسَيَّبِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ بِإِيلِيَاءَ بِقَدَحَيْنِ مِنْ خَمْرٍ وَلَبَنٍ، فَنَظَرَ إِلَيْهِمَا فَأَخَذَ اللَّبَنَ قَالَ جِبْرِيلُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَاكَ لِلْفِطْرَةِ، لَوْ أَخَذْتَ الْخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ.
Pada malam Rasulullah SAW diperjalankan dalam peristiwa Isra’, baginda telah dibawa dua bekas di Iliya’ (Baitul Maqdis), satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Baginda melihat kedua-duanya lalu memilih susu.
Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepadamu kepada fitrah. Sekiranya engkau memilih arak, nescaya umatmu akan tersesat.”
HR Al-Bukhari