Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Med mendakwa rejim Israel menggunakan mekanisme penyelarasan bantuan kemanusiaan di semenanjung Gaza bagi melindungi sistem pendudukan dan penempatan haramnya, selain menjadikan bantuan kemanusiaan sebagai alat untuk memberi tekanan politik serta memaksa negara-negara dan rakyat Palestin tunduk kepada kehendaknya.
Menurut Euro-Med, tindakan mengecualikan Britain daripada pusat sokongan antarabangsa bagi Gaza menunjukkan bahawa mekanisme penyelarasan tersebut tertakluk sepenuhnya kepada sistem pendudukan Israel serta syarat politiknya. Langkah tindak balas rejim Israel terhadap London adalah termasuk menutup konsulat Britain dan menghalang pegawai Britain daripada memasuki negara haram Israel susulan keputusan Britain melarang perdagangan dengan penempatan haram Israel.
Euro-Med turut mendakwa Israel sebelum ini menghalang penyertaan Sepanyol dan Belanda dalam mekanisme penyelarasan bantuan sebagai tindakan terhadap pendirian kedua-dua negara yang menolak dasar penempatan dan dasar Israel. Menurut organisasi itu, kawalan rejim Israel terhadap mekanisme penyelarasan bantuan kemanusiaan telah digunakan sebagai alat untuk memberi tekanan kepada negara lain dan memaksa rakyat Palestin tunduk.
Dalam pada itu, Euro-Med berkata dasar Israel turut menyasarkan usaha untuk melumpuhkan sistem bantuan kemanusiaan yang bebas dengan mengehadkan operasi Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) serta mengharamkan puluhan organisasi antarabangsa. Keadaan itu, menurutnya secara beransur-ansur membentuk semula sistem bantuan kemanusiaan di Gaza sehingga menjadi sepenuhnya tertakluk kepada kawalan rejim Israel dan mengetepikan pihak-pihak yang bebas.
Euro-Med menegaskan bahawa penggunaan mekanisme penyelarasan bantuan untuk tujuan politik dengan niat menyebabkan orang awam kelaparan boleh membawa kepada tanggungjawab jenayah secara individu dan menjadi sebahagian daripada unsur jenayah genosid. Organisasi itu turut menggesa negara-negara antarabangsa mengambil tindakan segera dan berkesan bagi memaksa rejim Israel menghentikan tindakan yang didakwanya sebagai genosid, penggunaan kelaparan sebagai senjata serta pemindahan paksa penduduk Palestin.
Sumber: PALM Strategic Initiatives Centre
Related Posts
Al-Hayya Gesa Dunia Bertindak, Gaza Kini Di Ambang Kelumpuhan
Ketua Biro Politik HAMAS, Khalil al-Hayya menggesa negara-negara pengantara supaya segera campur tangan dan mengenakan tekanan ke atas…
Institusi Palestin Suarakan Kebimbangan terhadap RUU Israel Sekat Akses ICRC ke Penjara
Dua institusi Palestin pada Rabu memberi amaran bahawa Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang sedang dibahaskan di parlimen rejim…
Siapakah Khalil al-Hayya, Ketua Biro Politik Baharu H*M*S?
Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) mengumumkan pelantikan Khalil al-Hayya sebagai Ketua Biro Politik baharunya, menggantikan Yahya Sinwar yang syahid…