Pemergian wartawan Palestin Saleh al-Jaafarawi, Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh menjadi lambang pengorbanan pengamal media yang mempertaruhkan nyawa demi merakam penderitaan rakyat Gaza. Di tengah-tengah perang dan kemusnahan, mereka meneruskan tugas menyebarkan maklumat kepada dunia, meskipun keselamatan diri dan keluarga sentiasa terancam.
Saleh al-Jafarawi adalah seorang wartawan dan pencipta kandungan berusia 28 tahun. Beliau dikenali melalui rakamannya yang merakam kehidupan rakyat Gaza di tengah-tengah perang, kemusnahan dan penderitaan yang berpanjangan. Beliau terkorban pada 12 Oktober 2025 di Gaza akibat diserang oleh ahli kumpulan bersenjata Palestin ketika membuat liputan di kawasan kejiranan bandar Sabra. Hari ini, genap setahun pemergiannya, nama Saleh terus dikenang sebagai antara insan yang mempertaruhkan nyawa demi merakam realiti di bumi Gaza. Pemergiannya mengingatkan dunia tentang risiko yang terpaksa ditanggung wartawan tempatan ketika berusaha membawa suara rakyat Palestin kepada dunia, meskipun keselamatan mereka sendiri dalam bahaya.
Sementara itu, Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh, wartawan al-Jazeera, terkorban dalam sebuah serangan rejim Israel yang menyasarkan khemah media berhampiran Hospital al-Shifa di Bandar Gaza pada 10 Ogos 2025. Serangan itu turut mengorbankan jurukamera Mohammed Noufal dan Ibrahim Zaher, serta dua lagi wartawan, Moamen Aliwa dan Mohammed al-Khalidi.
Dalam tulisan memperingati rakan-rakannya yang terkorban, ketua al-Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh, mengenang keberanian dan komitmen Anas dalam menjalankan tugas, khususnya ketika membuat liputan di utara Gaza dalam keadaan yang amat sukar. Beliau turut mengingati Mohammed Qreiqeh sebagai wartawan yang berdedikasi, selain menekankan sumbangan semua petugas media yang terbunuh dalam serangan tersebut.
Pengorbanan mereka menggambarkan keadaan yang dihadapi wartawan Gaza sepanjang perang. Menurut al-Dahdouh, wartawan bukan sahaja kehilangan rakan sekerja, malah terpaksa meninggalkan rumah dan keluarga; kehilangan pejabat dan peralatan; serta meneruskan tugas dalam keadaan berpindah-randah. Ada di antara mereka diserang ketika membuat liputan, ketika berada di khemah media atau sedang menerima rawatan di hospital.
Al-Dahdouh turut mengenang wartawan lain yang terkorban, termasuk Ismail al-Ghoul, Samer Abudaqa dan Mohammed Abu Hatab. Beliau menceritakan bagaimana Samer Abudaqa cedera dalam serangan ketika membuat liputan di Khan Younis pada Disember 2023 dan meninggal dunia ketika menunggu bantuan kecemasan tiba dalam beberapa jam. Tiga anggota Pertahanan Awam Palestin yang mengiringi misi tersebut turut terkorban.
Menurut tulisan al-Jazeera, berdasarkan angka yang dinyatakan pada Ogos 2026, kira-kira 265 wartawan telah terbunuh di Gaza sejak perang bermula,. Laporan Astro Awani pula menyebut angka korban pengamal media melebihi 270 orang ketika melaporkan kematian Saleh pada Oktober 2025. Angka berbeza itu merujuk kepada laporan dan tarikh yang berlainan. Namun, kedua-duanya menunjukkan angka berdasarkan angka yang dinyatakan pada Ogos 2026 yang besar perlu ditanggung komuniti media di Gaza.
Pemergian Saleh, Anas, Mohammed dan rakan-rakan mereka bukan sekadar kehilangan individu, tetapi turut meninggalkan kesan besar terhadap usaha mendokumentasikan kehidupan rakyat Palestin. Rakaman dan laporan yang mereka hasilkan menjadi rekod tentang penderitaan orang awam, kemusnahan serta keadaan yang disaksikan sendiri oleh wartawan di lapangan.
Mengenang pengorbanan mereka bermakna mempertahankan nilai kewartawanan dan hak masyarakat untuk mengetahui kebenaran. Keselamatan wartawan mesti dihormati, manakala kematian mereka perlu disiasat secara telus dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Selagi penderitaan rakyat Gaza berterusan, keberanian wartawan yang merakam dan menyampaikan kisah mereka akan terus menjadi sebahagian daripada ingatan kolektif Palestin.
Sumber: al-Jazeera