Israel Katz Sasarkan Erdoğan, Ugut Bunuh Pemimpin HAMAS

Menteri Pertahanan wilayah haram Israel, Israel Katz telah mengeluarkan ancaman bunuh secara terbuka terhadap ketua biro politik HAMAS, Khalil al-Hayya dalam satu hantaran di platform X. Dalam masa yang sama, dia turut menyerang Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan dengan menuduh Ankara menjadi tempat perlindungan pemimpin HAMAS serta menyokong kegiatan gerakan tersebut dari wilayah Turkiye.

Menerusi satu hantaran di platform X, Katz mendakwa bahawa Israel telah membunuh beberapa pemimpin HAMAS di semenanjung Gaza. Dia turut memberi amaran dengan menyatakan:

“Giliran al-Hayya juga akan tiba dan kami akan menghantarnya untuk bertemu Haniyeh serta rakan-rakannya di dasar neraka.”

Kenyataan itu merujuk kepada bekas ketua biro politik HAMAS, Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran pada Julai 2024.

Dalam hantaran yang sama, Katz menuduh Erdoğan terus menerima kehadiran pemimpin HAMAS di Turkiye selain menggunakan bahasa yang keras terhadap gerakan tersebut dan presiden Turkiye itu.

Dia turut mendakwa bahawa gerakan HAMAS dikendalikan dari Turkiye dengan kerjasama Ikhwanul Muslimin yang turut menyasarkan Israel dan beberapa negara Islam di rantau berkenaan.

Kenyataan menteri Israel itu hadir ketika ketegangan politik dan keselamatan antara Tel Aviv dan Ankara semakin memuncak, susulan perang di semenanjung Gaza serta pendirian Turkiye terhadap HAMAS.

Hubungan kedua-dua pihak turut dibayangi oleh perbezaan pendirian berhubung perkembangan geopolitik dan keselamatan di rantau tersebut.

Sumber: FIMED Turkiye

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga Tahun Taufan al-Aqsa: Tercetus daripada Kepungan dan Pendudukan

Next Post

Mengenang Kesyahidan Saleh al-Jaafarawi dan Wartawan Palestin Yang Lain

Related Posts