Masjid al-Aqsa, Kiblat Pertama Umat Islam

Daripada al-Bara’ RA, bahawa Nabi SAW ketika pertama kali tiba di Madinah, baginda tinggal bersama kaum Ansar daripada kalangan datuk-datuk atau saudara sebelah ibunya.

قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ أَوَّلَ مَا قَدِمَ الْمَدِينَةَ نَزَلَ عَلَى أَجْدَادِهِ ـ أَوْ قَالَ أَخْوَالِهِ ـ مِنَ الأَنْصَارِ، وَأَنَّهُ صَلَّى قِبَلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا، أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا، وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ تَكُونَ قِبْلَتُهُ قِبَلَ الْبَيْتِ، وَأَنَّهُ صَلَّى أَوَّلَ صَلاَةٍ صَلاَّهَا صَلاَةَ الْعَصْرِ، وَصَلَّى مَعَهُ قَوْمٌ، فَخَرَجَ رَجُلٌ مِمَّنْ صَلَّى مَعَهُ، فَمَرَّ عَلَى أَهْلِ مَسْجِدٍ، وَهُمْ رَاكِعُونَ فَقَالَ أَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قِبَلَ مَكَّةَ، فَدَارُوا كَمَا هُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ، وَكَانَتِ الْيَهُودُ قَدْ أَعْجَبَهُمْ إِذْ كَانَ يُصَلِّي قِبَلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، وَأَهْلُ الْكِتَابِ، فَلَمَّا وَلَّى وَجْهَهُ قِبَلَ الْبَيْتِ أَنْكَرُوا ذَلِكَ‏.‏ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنِ الْبَرَاءِ فِي حَدِيثِهِ هَذَا أَنَّهُ مَاتَ عَلَى الْقِبْلَةِ قَبْلَ أَنْ تُحَوَّلَ رِجَالٌ وَقُتِلُوا، فَلَمْ نَدْرِ مَا نَقُولُ فِيهِمْ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ‌‏{‏وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ‏}‏

Baginda menunaikan solat menghadap Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Baginda sebenarnya menginginkan agar kiblatnya menghadap Kaabah.

Solat pertama yang baginda tunaikan menghadap Kaabah adalah solat Asar, dan beberapa orang turut menunaikan solat bersama baginda. Kemudian, salah seorang daripada mereka keluar dan melalui sebuah masjid yang ketika itu para jemaahnya sedang rukuk. Lalu lelaki itu berkata:

“Aku bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya aku telah menunaikan solat bersama Rasulullah SAW menghadap Makkah.”

Maka mereka pun berpaling menghadap Kaabah dalam keadaan mereka masih dalam rukuk.

Sebelum itu, kaum Yahudi dan ahli Kitab berasa senang apabila Nabi SAW menghadap Baitul Maqdis dalam solat. Namun, apabila baginda mengalihkan wajah baginda menghadap Kaabah, mereka mengingkarinya.

Zuhair berkata: Abu Ishaq meriwayatkan daripada al-Bara’ dalam hadis ini bahawa terdapat beberapa orang yang telah meninggal dunia atau terbunuh sebelum kiblat ditukar. Kami tidak tahu apa yang harus kami katakan tentang keadaan mereka. Lalu Allah SWT menurunkan firman-Nya:

“Dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu.”
(Surah al-Baqarah, 2:143)

HR Al-Bukhari

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Venezuela di Persimpangan Kuasa: Geopolitik, Minyak dan Usaha Mematahkan Multipolariti

Next Post

Protes Anti-Kerajaan Iran – Cubaan Campur Tangan Amerika Syarikat

Related Posts

Keberkatan Bumi Syam

Daripada Zaid bin Tsabit RA, beliau berkata: كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نُؤَلِّفُ الْقُرْآنَ مِنَ…
Read More

Baitul Maqdis: Bumi Perhimpunan dan Keutamaan Menyumbang untuk Masjidnya

Abu Ja‘far al-Tahawi, berkata dalam kitab Syarh Musykil al-Athar, jilid 2, halaman 69, hadis nombor 610: عن ميمونة مولاة النبي عليه السلام، عن النبي ﷺ أنها سألته، فقالت: أفتنا في بيت المقدس ، فقال: “أرض المحشر والمنشر، وائتوه، فصلوا فيه، فإن صلاة فيه كألف صلاة في غيره»، قالت: أرأيت إن لم أستطع أن أتحمل عليه، قال: «فلتهدي له زيتاً يُسرج فيه، فمن فعل ذلك فهو كمن أتاه!“…
Read More