Daripada Abu Zar RA beliau berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah SAW:
عن أبي ذر – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: رسولَ اللهِ ! أيُّ مسجدٍ وُضِع أوَّلًا ؟ قال : المسجدُ الحرامِ ، ثمَّ المسجدُ الأقصَى ، قال : ثمَّ قلتُ : وما بينهما ؟ قال : أربعون سنةً
“Wahai Rasulullah! Masjid apakah yang pertama dibina di atas muka bumi?”
Baginda menjawab:
“Masjid al-Haram.”
Saya bertanya lagi:
“Kemudian masjid yang mana pula?”
Baginda menjawab:
“Masjid al-Aqsa.”
Saya bertanya lagi:
“Berapakah tempoh masa antara kedua-duanya?”
Baginda menjawab:
“Empat puluh tahun.”
HR Bukhari Muslim