Abu Ja‘far al-Tahawi, berkata dalam kitab Syarh Musykil al-Athar, jilid 2, halaman 69, hadis nombor 610:
عن ميمونة مولاة النبي عليه السلام، عن النبي ﷺ أنها سألته، فقالت: أفتنا في بيت المقدس ، فقال: “أرض المحشر والمنشر، وائتوه، فصلوا فيه، فإن صلاة فيه كألف صلاة في غيره»، قالت: أرأيت إن لم أستطع أن أتحمل عليه، قال: «فلتهدي له زيتاً يُسرج فيه، فمن فعل ذلك فهو كمن أتاه!“
Kami mendapati Yahya bin Uthman telah meriwayatkan kepada kami. Beliau berkata: Ali bin Ma‘bad telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Isa—iaitu Ibn Yunus—telah meriwayatkan kepada kami, daripada Thawr—iaitu Ibn Yazid—daripada Ziyad—iaitu Ibn Abi Sawdah—daripada Maymunah, maula (hamba yang telah dimerdekakan) Nabi SAW, daripada Nabi SAW, bahawa beliau (Maymunah) bertanya kepada Baginda:
“Berikanlah penjelasan kepada kami tentang Baitul Maqdis.”
Baginda menjawab:
“Ia adalah bumi tempat manusia dihimpunkan dan dibangkitkan. Pergilah kamu ke sana dan tunaikanlah solat di dalamnya. Sesungguhnya satu solat di dalamnya menyamai seribu solat di tempat lain.”
Maymunah bertanya lagi:
“Bagaimana pula jika aku tidak mampu pergi ke sana?”
Baginda menjawab:
“Maka, sumbangkanlah minyak untuk dinyalakan di dalamnya. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut, maka dia seperti orang yang telah pergi ke sana!”
HR Abu Dawud dan Ibn Majah. Sanadnya dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani