Adakah kemusnahan di Gaza hari ini satu kebetulan? Hakikatnya, ia adalah ulangan skrip Nakba 1948, sebuah rekayasa terancang untuk memadamkan kewujudan Palestin.

Apabila pengusiran paksa gagal, taktik bertukar kepada ‘de-development’ (pembangunan mundur) melumpuhkan infrastruktur agar Gaza tidak lagi mampu dihuni. Lebih parah, apa yang dicanang dunia sebagai “zon selamat” dan “pembangunan semula” seolah-olah menjadi perangkap penjajahan moden yang memenjarakan kebebasan pelarian.


Di sebalik tabir kemanusiaan ini, wujud persekongkolan geopolitik dan ekonomi serantau yang membisukan kezaliman, dibantu oleh kekebalan undang-undang antarabangsa yang berat sebelah.
Namun, sejarah membuktikan rekayasa fizikal dan ekonomi tidak akan mampu memadamkan roh penentangan dan Hak Kembali (Right of Return) rakyat Palestin.
